We have paused online orders

DASAR PRIVASI PELANGGAN M&S

Marks and Spencer plc adalah sebuah syarikat berdaftar di England dan Wales yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat M&S (secara kolektif dirujuk sebagai "M&S" atau "kami" dalam dasar ini).

GAMBARAN KESELURUHAN

Mengekalkan keselamatan data anda merupakan satu keutamaan di M&S, dan kami komited untuk menghormati hak privasi anda. Kami berjanji akan mengendalikan data anda secara adil dan mengikut dasar undang-undang pada setiap masa. M&S juga berazam untuk menjamin ketelusan berhubung jenis data yang kami kumpul mengenai anda serta cara kami menggunakannya.

Dasar ini diguna pakai untuk data peribadi yang dikumpul melalui laman web M&S di http://www.marksandspencer.com/my, dan menyasarkan pelanggan di Malaysia (“Laman Web”) sama ada anda menggunakan peranti mudah alih anda atau melayari internet. Ia membekalkan anda dengan maklumat mengenai:

- bagaimana kami menggunakan data anda;

- data peribadi apakah yang kami kumpul;

- bagaimana kami menjamin privasi anda; dan

- hak-hak anda di sisi undang-undang yang berkenaan dengan data peribadi anda.

 

• BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA ANDA

• APAKAH DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL?

• BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA ANDA

• APAKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI DATA ANDA

• HAK-HAK ANDA • ASAS UNDANG-UNDANG UNTUK MENGGUNAKAN DATA

• KUKI

• MAKLUMAT PERHUBUNGAN

• DASAR PRIVASI M&S SERTA LAMAN-LAMAN WEB LAIN

• KEMAS KINI

 

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA ANDA

Pekara-pekara Umum

M&S (dan rakan-rakan boleh dipercayai yang bertindak bagi pihak kami) menggunakan data peribadi anda:

• - untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada anda;

• - untuk menyediakan satu laman web yang disesuaikan mengikut keperluan anda;

• - untuk mengurus sebarang akaun berdaftar yang anda ada dengan kami;

• - untuk mengesahkan identiti anda;

• - untuk mengelakkan dan mengesan jenayah dan penipuan, serta tujuan lain yang berkenaan;

• - dengan persetujuan anda, untuk menghubungi anda secara elektronik mengenai tawaran promosi serta produk dan perkhidmatan yang kami rasa mungkin dapat mencetuskan minat anda;

• - untuk tujuan kajian pasaran – bagi meningkatkan pemahaman terhadap keperluan anda;

• - untuk membolehkan M&S mengurus interaksi perkhidmatan pelanggan dengan anda; dan

• - sekiranya kami mempunyai hak atau kewajipan undang-undang untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat anda (misalnya berkaitan dengan siasatan oleh pihak berkuasa awam atau dalam pertikaian undang-undang).

Rakan penghantaran kami – Global E

Rakan penghantaran dan sokongan jualan antarabangsa kami ialah Globale U.K. Limited ("Global-E"), sebuah syarikat yang berdaftar di England dan Wales (nombor pendaftaran syarikat 08632376) yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 2, 167-169 Great Portland Street, London, W1W 5PF.

Sekiranya anda membeli produk dari Laman Web ini, data peribadi anda akan dikumpul dan digunakan oleh Global E bagi tujuan melaksanakan pesanan anda dan penghantaran produk kepada anda. Dasar Privasi ini hanya berkaitan dengan penggunaan data anda oleh M&S Sila rujuk kepada dasar privasi Global E untuk maklumat lanjut tentang bagaimana data peribadi anda akan digunakan oleh mereka.

Rakan francais kami – Al-Futtaim Sons Company

Rakan francais antarabangsa kami ialah Al-Futtaim Sons Company LLC, sebuah syarikat yang diperbadankan di Emiriah Arab Bersatu, yang mempunyai pejabat berdaftar di PO Box 7976, Dubai, UAE, bersama dengan mana-mana syarikat kumpulan ("AFG"). Jika anda membeli produk dari Laman Web ini, data peribadi anda boleh digunakan oleh AFG untuk tujuan melaksanakan pesanan anda dan penghantaran produk kepada anda jika anda memilih untuk mengumpul atau mengembalikan pesanan anda di gedung-gedung yang terletak di Malaysia. Dasar ini hanya berkenaan dengan penggunaan data anda oleh Mark dan Spencer. Sila rujuk dasar privasi AFG di http://www.alfuttaim.com untuk maklumat terperinci berhubung cara mereka menggunakan data anda.

Pemasaran

Komunikasi promosi

M&S menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran elektronik (dengan persetujuan anda), dan mungkin akan menghantar kiriman pos kepada anda untuk memaklumkan kepada anda mengenai tawaran-tawaran M&S yang terkini. Jika anda memberikan persetujuan untuk menerima komunikasi pemasaran dari AFG, butiran perhubungan peribadi anda serta maklumat mengenai transaksi anda di Laman Web ini akan dikongsikan oleh M&S dengan AFG untuk tujuan pemasaran, analisis dan kajian pelanggan.

M&S dan AFG bermatlamat memaklumkan kepada anda mengenai produk & perkhidmatan yang serasi dengan minat anda dan relevan dengan anda sebagai seorang individu.

Anda berhak memilih untuk dikecualikan daripada menerima komunikasi promosi pada bila-bila masa dengan:

1. mengubah pilihan pemasaran melalui akaun M&S anda;

2. menggunakan pautan “unsubscribe” yang mudah dalam e-mel atau nombor “STOP” bagi mesej teks; dan/atau

3. menghubungi M&S melalui saluran-saluran perhubungan yang dinyatakan dalam Dasar ini.

Periklanan Sepanduk Web

Jika anda melayari laman web kami, anda mungkin akan menerima periklanan sepanduk web (web banner) yang disesuaikan dengan minat peribadi anda semasa anda melayari laman web lain. Sebarang sepanduk web yang anda lihat adalah imbasan berkaitan dengan produk yang telah anda lihat semasa melayari laman web kami dengan komputer anda atau peranti lain.

Iklan-iklan ini disediakan oleh M&S melalui para pembekal pakar yang terkemuka di pasaran dengan menggunakan 'kuki' yang diletakkan pada komputer atau peranti anda yang lain (sila lihat maklumat lanjut mengenai penggunaan kuki dalam Dasar Kuki kami). Anda boleh membuang atau melumpuhkan kuki pada bila-bila masa – sila lihat maklumat lanjut di berikut.

Berkongsi data dengan pihak ketiga

Penyedia dan pembekal perkhidmatan kami

Bagi menjamin kami dapat menyediakan perkhidmatan tertentu kepada anda, kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan beberapa rakan perkhidmatan kami, termasuk IT, penghantaran dan pembekal perkhidmatan pemasaran.

M&S hanya akan membenarkan para pembekal perkhidmatannya mengendalikan data peribadi anda setelah kami mengesahkan bahawa mereka melaksanakan perlindungan data dan kawalan keselamatan yang memadai. Kami juga mengenakan obligasi kontrak berkaitan dengan perlindungan data dan keselamatan ke atas para pembekal perkhidmatan kami. Hal ini bermaksud mereka hanya boleh menggunakan data anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada M&S serta anda, dan bukannya untuk tujuan lain.

Pihak ketiga lain

Selain para pembekal perkhidmatan kami, M&S tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga, kecuali pihak yang dinyatakan yang berikut. Kami sama sekali tidak akan menjual atau menyewa data pelanggan kami kepada syarikat-syarikat lain untuk tujuan pemasaran.

Kami mungkin akan berkongsi data anda dengan:

• Rakan-rakan kami yang dipilih secara terperinci, yang membekalkan jenama produk dan perkhidmatan ‘M&S’ (contohnya pembekal tenaga), sekiranya kami mendapat persetujuan anda untuk berbuat demikian;

• Agensi-agensi rujukan kredit sekiranya diperlukan untuk bayaran dengan kad;

- badan kerajaan, badan pengawalseliaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah/tribunal, dan penanggung insurans sekiranya kami dikehendaki berbuat demikian:

- untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;

- untuk melaksanakan hak undang-undang kami (misalnya dalam kes mahkamah);

- untuk pencegahan, pengesanan, penyiasatan jenayah atau pendakwaan pesalah; dan - untuk melindungi pekerja dan pelanggan kami.

Pemindahan data antarabangsa

Bagi menghantar produk dan perkhidmatan kepada anda, adakalanya M&S perlu berkongsi data anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Keadaan ini biasanya berlaku apabila pembekal perkhidmatan kami terletak di luar EEA, atau jika anda menghuni di luar EEA. Pemindahan data ini tertakluk kepada peraturan khas di bawah undang-undang perlindungan data.

Sekiranya keadaan ini berlaku, kami akan memastikan pemindahan data mematuhi undang-undang perlindungan data, dan semua data peribadi akan selamat. Amalan standard kami adalah menggunakan ‘Fasal-fasal perlindungan data standard’ yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah untuk pemindahan data sedemikian. Fasal-fasal ini boleh diakses di sini.

Berapa lamakah akan kami menyimpan data anda?

Kami tidak akan menyimpan data anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini. Tempoh penyimpanan yang berlainan akan diguna pakai untuk jenis data yang berbeza. Namun, tempoh yang paling lama kami menyimpan apa-apa data peribadi biasanya adalah selama 6 tahun.

APAKAH DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL?

Pembekalan maklumat peribadi tertentu kepada M&S adalah wajib dan bergantung pada bagaimana anda memilih untuk membeli-belah atau berinteraksi dengan kami.

M&S mungkin akan mengumpul maklumat berikut mengenai anda:

- nama, umur/tarikh kelahiran dan jantina anda;

- butiran perhubungan anda: alamat pos, termasuk alamat bil serta penghantaran, nombor telefon (termasuk nombor telefon mudah alih) dan alamat e-mel;

- pembelian dan tempahan yang anda buat;

- aktiviti pelayaran dalam talian anda di laman web M&S.

- kata laluan anda;

- butiran kad bayaran anda apabila anda membuat pembelian atau membuat pesanan dengan kami;

- pilihan komunikasi dan pemasaran anda;

- minat, pilihan, maklum balas dan respon soal selidik anda;

- lokasi anda;

- surat-menyurat dan komunikasi anda dengan M&S; dan

- data peribadi lain anda yang boleh didapati secara umum, termasuk sebarang data yang telah anda kongsikan melalui platform awam (misalnya Twitter atau laman Facebook)

Laman web kami tidak menyasarkan kanak-kanak dan kami tidak akan sengaja mengumpul data yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Senarai ini bukannya menyeluruh. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin perlu mengumpul data tambahan untuk pelbagai tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini. Sebahagian data peribadi di atas akan dikumpul secara langsung, contohnya apabila anda mendaftar akaun di laman web kami, atau menghantar e-mel kepada pasukan perkhidmatan pelanggan kami. Data peribadi lain akan dikumpul secara tidak langsung, contohnya aktiviti pelayaran dan beli-belah anda. Kami mungkin juga akan mengumpul data peribadi daripada pihak ketiga yang telah mendapat persetujuan anda untuk menyerahkan butiran anda kepada kami, atau sumber-sumber yang boleh didapati secara umum.

BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA ANDA

Sistem Kawalan Kami

M&S komited untuk menjamin keselamatan dan kerahsiaan data anda.

Langkah-langkah keselamatan kami termasuk: -

- enkripsi data;

- Penilaian-penilaian keselamatan siber yang berkala bagi semua penyedia perkhidmatan yang boleh mengendalikan data peribadi anda;

- perancangan senario serta latihan pengurusan krisis yang berkala untuk memastikan kami bersedia untuk bertindak balas terhadap serangan keselamatan siber serta pelbagai insiden keselamatan data;

- ujian penembusan harian ke atas sistem;

- kawalan keselamatan yang melindungi keseluruhan infrastruktur IT M&S dari serangan luaran serta akses yang tidak dibenarkan; dan

- dasar-dasar dalaman yang menggariskan pendekatan keselamatan data serta latihan untuk pekerja.

APAKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI DATA ANDA

M&S tidak mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan sebarang butiran akaun bank atau kad kredit melalui e-mel. Jika anda menerima e-mel yang mendakwa berasal dari M&S dan meminta anda untuk berbuat demikian, sila abaikan dan jangan balasnya.

Jika anda menggunakan peralatan komputer di kawasan awam, kami mencadangkan supaya anda sentiasa log keluar dan tutupkan pelayar laman web sebaik sahaja sesi dalam talian anda tamat.

Selain itu, kami mencadangkan supaya anda mengambil langkah-langkah keselamatan berikut untuk meningkatkan keselamatan dalam talian anda yang berkenaan dengan M&S atau secara umumnya: ¬-

- pastikan kata laluan akaun anda adalah sulit. Sila ingat bahawa sesiapa yang mengetahui kata laluan anda boleh mengakses akaun anda.

- apabila anda mencipta kata laluan anda, sila gunakan 8 huruf. Gabungan huruf abjad dan nombor adalah terbaik. Jangan gunakan perkataan dalam kamus, nama anda, alamat e-mel, atau data peribadi lain yang mudah diperoleh. Kami juga mencadangkan supaya anda sentiasa mengubah kata laluan anda. Anda boleh berbuat demikian dengan mengakses akaun anda, klik ‘akaun anda’, kemudian klik ‘data anda’ dan pilih ‘tukar kata laluan’.

- elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun dalam talian yang lain

HAK-HAK ANDA

Anda mempunyai hak-hak berikut:

- hak untuk bertanya mengenai jenis data peribadi anda yang kami simpan pada bila-bila masa;

- hak untuk meminta kami mengemas kini dan memperbetul sebarang data peribadi yang kami simpan, yang telah berubah atau tidak betul tanpa bayaran; dan

- (seperti dinyatakan di atas) hak untuk dikecualikan daripada menerima sebarang komunikasi pemasaran yang kami mungkin akan menghantar kepada anda. Jika anda berhasrat melaksanakan mana-mana hak di atas, sila hubungi kami melalui butiran perhubungan yang dinyatakan di bawah.

ASAS UNDANG-UNDANG UNTUK MENGGUNAKAN DATA

Kami dikehendaki menggariskan asas undang-undang untuk ‘pemprosesan’ data peribadi.

• Sila klik sini untuk maklumat lanjut

Asas undang-undang M&S memproses data peribadi pelanggan

Umum

M&S mengumpul dan menggunakan data peribadi pelanggan kerana ianya wajib untuk:

• - memenuhi kepentingan sah kami (seperti dinyatakan berikut);

• - tujuan mematuhi pelbagai kewajipan kami dan melaksanakan hak-hak kami di bawah kontrak untuk menjual barangan kepada pelanggan; atau

• - mematuhi pelbagai kewajipan undang-undang kami.

Secara umumnya, kami hanya bergantung pada persetujuan sebagai asas undang-undang bagi pemprosesan yang berkenaan dengan penghantaran komunikasi pemasaran secara langsung kepada pelanggan melalui e-mel atau pesanan teks.

Pelanggan berhak menarik balik persetujuan pada bila-bila masa. Sekiranya persetujuan merupakan satu-satunya asas undang-undang untuk pemprosesan, kami akan menghentikan pemprosesan data selepas persetujuan ditarik balik.

Kepentingan sah kami

Asas undang-undang yang biasa untuk memproses data pelanggan, adalah kerana ia diperlukan untuk kepentingan sah M&S termasuk:-

• - menjual dan membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan kami;

• melindungi pelanggan, pekerja dan individu-individu lain serta mengekalkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka;

• - mempromosi, memasarkan dan mengiklan produk dan perkhidmatan kami;

• - menghantar komunikasi promosi yang relevan dan telah disesuaikan untuk setiap individu (termasuk mengendalikan skim kesetiaan Sparks);

• - memahami pelbagai tingkah laku, aktiviti, pilihan, dan keperluan pelanggan kami;

• - menambah baik produk dan perkhidmatan sedia anda serta membangunkan produk dan perkhidmatan baru;

• - mematuhi pelbagai kewajipan kami dari segi undang-undang dan pengawalseliaan;

• - mengelakkan, menyiasat dan mengesan jenayah, penipuan atau tingkah laku anti-sosial dan mendakwa pesalah, termasuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang;

• - mengendalikan perhubungan, pertanyaan, aduan atau pertikaian pelanggan;

• - mengurus tuntutan insurans oleh pelanggan;

• - melindungi M&S, pekerja serta pelanggannya dengan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai ke atas pihak ketiga yang telah melakukan jenayah atau melanggar kewajipan undang-undang terhadap M&S;

• - mengendalikan sebarang tuntutan undang-undang atau tindakan penguatkuasaan peraturan yang diambil terhadap M&S secara berkesan; dan

• - menunaikan kewajipan kami kepada pelanggan, rakan sekerja, pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain.

KUKI

Laman web kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat, termasuk maklumat mengenai tabiat pelayaran dan pembelian oleh individu yang mengakses laman web kami. Ini termasuk maklumat mengenai laman web yang telah dikunjungi, produk dibeli serta cara anda melayari sesuatu laman web. Maklumat terperinci terdapat dalam Dasar Kuki kami.

Dasar Kuki

Apa itu kuki?

Seperti laman web lain, laman web M&S menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat. Kuki merupakan fail data kecil yang disimpan pada komputer atau peranti lain anda (seperti ‘telefon pintar’ atau ‘komputer tablet’) semasa anda melayari laman web ini. Kuki digunakan untuk ‘mengingati’ apabila komputer atau peranti anda mengakses laman web kami. Kuki adalah penting untuk keberkesanan operasi laman web kami dalam membantu anda membeli-belah dengan kami secara dalam talian. Kuki juga digunakan untuk menyesuaikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan dan diiklan kepada anda, di laman web kami dan tempat-tempat lain.

Maklumat yang dikumpul

Sebahagian kuki mengumpul maklumat mengenai tabiat pelayaran dan pembelian anda apabila anda mengakses laman web ini melalui komputer atau peranti yang sama. Ini termasuk maklumat mengenai laman yang telah dikunjungi, produk yang dibeli serta cara anda melayari sesuatu laman web. Kami tidak menggunakan kuki untuk mengumpul atau merekod maklumat mengenai nama, alamat atau butiran perhubungan lain anda. M&S juga boleh menggunakan kuki untuk memantau tabiat pelayaran dan pembelian anda.

Bagaimana kuki diurus?

Kuki disimpan pada komputer anda atau peranti lain apabila anda mengakses laman web kami yang direka oleh: • - M&S, atau bagi pihak M&S, dan diperlukan untuk membolehkan anda membuat pembelian di laman web kami; • - pihak ketiga yang menyertai kami dalam program pemasaran; dan

• - pihak ketiga yang menyiarkan iklan sepanduk web bagi pihak M&S. Apakah tujuan penggunaan kuki? Tujuan utama penggunaan kuki adalah untuk: -

• 1. Untuk tujuan teknikal yang penting untuk keberkesanan operasi laman web kami, terutamanya berkaitan dengan transaksi dalam talian serta navigasi laman web.

• 2. Untuk M&S membuat pemasaran kepada anda, terutamanya iklan sepanduk web serta maklumat terkini yang mempunyai sasaran.

• 3. Membolehkan M&S mengumpul maklumat mengenai corak pelayaran serta beli-belah anda, termasuk untuk memantau kejayaan kempen, pertandingan, dan sebagainya.

• 4. Untuk membolehkan M&S memenuhi kewajipan kontraknya bagi membuat bayaran kepada pihak ketiga, setelah sesuatu produk telah dibeli seseorang yang telah mengunjungi laman web kami dari laman yang dikendalikan oleh pihak ketiga tersebut.

Bagaimana untuk melumpuhkan kuki?

Jika anda berhasrat melumpuhkan kuki, anda perlu mengubah setting pelayar laman web and anda untuk menolak kuki. Cara untuk berbuat demikian bergantung pada pelayar yang anda gunakan. Maklumat lanjut mengenai cara melumpuhkan kuli bagi beberapa pelayar yang paling popular adalah seperti berikut:

Untuk Microsoft Internet Explorer:

• 1. Pilih “tools” dari menu, kemudian pilih “Internet Options”

• 2. Klik tab “privacy”

• 3. Pilih setting yang sesuai

Untuk Google Chrome

• 1. Pilih Settings> Advanced

• 2. Klik “Content settings” di bawah "Privacy and security"

• 3. Klik “Cookies”

Untuk Safari

• 1. Pilih Preferences > Privacy

• 2. Klik “Remove all Website Data”

Untuk Mozilla firefox:

• 1. Pilih “tools” dari menu, kemudian pilih “Options”

• 2. Klik ikon “privacy”

• 3. Pergi ke menu “cookie” dan kemudian pilih pilihan yang relevan

Untuk Opera 6.0 dan sebagainya:

• 1. Pilih menu Files”> “Preferences”

• 2. Privacy

Apa yang akan berlaku jika saya melumpuhkan kuki?

Hal ini bergantung pada kuki yang manakah anda lumpuhkan, tetapi secara umumnya, laman web mungkin tidak dapat beroperasi dengan baik sekiranya kuki dipadamkan. Jika anda hanya melumpuhkan kuki pihak ketiga, anda tidak akan dihalang untuk membuat pembelian di laman web kami. Jika anda melumpuhkan semua kuki, anda tidak akan dapat melaksanakan pembelian di laman kami.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai cara M&S menggunakan data peribadi anda yang belum terjawab di sini, atau jika anda ingin melaksanakan hak mengenai data peribadi anda, sila hubungi kami dengan mana-mana cara berikut:

• buat panggilan kepada kami di: 0333 014 8430 dari UK (buka dari 7 pagi hingga 7 malam);

• hantar e-mel kepada kami di: international@marksandspencerlondon.com

• menulis surat kepada kami di: M&S International Customer Services, PO Box 3001, Sheffield, S97 3GN, ENGLAND Semasa anda menghubungi kami, sila ingat untuk menyatakan nama dan maklumat perhubungan anda serta mana-mana nombor akaun M&S anda, atau rujukan surat-menyurat yang anda mungkin ada.

Anda berhak membuat aduan kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat. Maklumat lanjut, termasuk butiran perhubungan, boleh didapati di https://ico.org.uk.

DASAR PRIVASI M&S SERTA LAMAN-LAMAN WEB LAIN

Untuk maklumat mengenai cara penggunaan data peribadi yang dikumpul melalui laman web atau kedai UK kami, sila baca Dasar Privasi UK kami.

M&S telah bekerjasama dengan beberapa pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan tambahan kepada anda, termasuk:

- M&S Bank (sebelum ini dikenali sebagai M&S Money) boleh di akses di sini - M&S Energy (melalui usahasama dengan SSE Energy Supply Limited) boleh diakses di sini

- M&S Lunch to You di laman Perniagaan M&S kami (melalui usahasama dengan EWA Ltd) boleh diakses di sini

- M&S Made-to-Measure Shirts (melalui usahasama dengan Bivolino) boleh diakses di sini - M&S Personalised (melalui usahasama dengan Hallmark Cards PLC) boleh diakses di sini Produk dan perkhidmatan ini boleh diakses secara dalam talian melalui “tapak mikro” pihak ketiga yang relevan. Laman-laman web ini, serta beberapa laman web dalam Dasar ini adalah dimiliki dan dioperasi oleh pihak-pihak ketiga yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi berdasarkan dasar privasi mereka masing-masing.

KEMAS KINI

Dasar ini dikemaskini kali terakhir pada Mac 2019

Ways to pay
M&S

Just Tap and 'Add to Home Screen'

Exit
M&S

Speed up your shopping experience by adding M&S to your home screen!